AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Saturday, January 15, 2011

PENA 50: Sambungan Lepas...*bermacam*


Kisahnya siang tadi begini...
_ - _ - _ bersambung.....kisah ini bersambung dari link ini..

        Seperti yang dijanjikan, destinasiku pada petang itu ke luar UIA. Tersengguk-sengguk aku kat perhentian bas Mahallah Nusaibah. Berkejar dari Mahallah Hafsa ke situ. Dalam keadaan mamai-mamai tu, ada seorang ukhti datang duduk di sebelah. Sempat lagi aku menyapa. Dah tahun empat dah dia. Orang sekitar Kuala Lumpur je. Dia nak naik bas ke Sumayyah by Salahuddin's bus. Penat katanya.


Ada dalam setengah jam aku menunggu orang yang sepatutnya sampai kul 2 tadi. Hm..nasiblah mengenangkan kesabaran yang perlu dididik dalam hati..sedangkan Nabi menanti dan menepati janji terhadap sahabat sehingga menunggu berhari-hari...betapa contoh bagi ummat ini, begitu menitik beratkan nilai ' janji'. Bagaimana kita pula hari ini? yang diajar lain, lain pulak yang dibuat..! balik semula cite, dia dah naik bas. aku masih setia menanti..ceh~ ayat... tunggu dan tepon orang tu...sampailah akhirnya. hujan renyai-renyai masa tu.

Berhenti sebentar di sebuah pejabat. terasa sangat lama. "Ya Allah, kalau aku tau macam ni, aku tak mau pergi." Ops...tibe-tibe teringat, ada sebuah hadis masa belajar Syariah Islamiah  Tingkatan 4, JANGAN BERKALAU...Berkalau untuk perkara yang lepas tidak dibolehkan kerana ia seperti menyesali atau tidak menerima qada' & qadar Allah Taala dengan hati terbuka.."Astaghfirullahala'zim..."istighfar banyak2 na...
"takpe2, ada la tu Allah nak tunjukkan hikmah Dia..." aku pujuk hati sendiri..

Sesampai di sana, buat itu dan ini...duduk termangu sebab dah nak balik. Cuba lain kali, telinga dipasang nasyid nak hilangkan keb0sanan, tangan menaip mesej kepada seseorang...sebab baru teringat, ada sesuatu yang sepatutnya di tangan aku kini, telah lesap ke mana. Saidah pi carikan kat Nusaibah nuuu...but, tak jumpe benda alah tu..."Oh, no...1. mungkin bukan rezeki"

Dapat panggilan dari kak Manal. kebetulan masa tu kan tengah pakai earphone, cakap je la terus. orang kat situ semua pelik dan ada plak yang kate "wah, dia gune 3G.."
haha...banyak la 3G dia...ni pakai GG la...haha..
biar la diorang...
kak Manal nak amik aku [gurau je tadi suh amik, rupenya amik betul.dia baru bis kelas..].... So...

Kaki melangkah cermat ke kantin, sedari perut kosong dari tadi...
   " eh, selambanya dia gi keluar...jom, kite gi kuar jugak.."budak2 tu bercakap lagi.
hmm..alahai...aku duk kat tempat diorang tu bukan sebab aku Wajib duk situ, tapi, sebab aku saje-saje duk situ...aku bosan, aku bangun la...
pilihanku bukan makanan berat tapi, hanya buah dahulu. sebab, nasi pun dah nak dikemas oleh tukang kedai masa tu.
Duduk punya duduk, ada orang menyapa dari belakang " eh, ni, akak yang tadi la..." aku wat tak tau je, biasalah, budak2 muda, suka menyakat. dah paham da..

diorang : "akak, boleh kitorang duk sini?" kebetulan aku duduk kat tengah2 menghadap TV. entah, tadi, diorang cakap2 belakang je, rupanya skang nak duk situ plak, aku mengangguk je tanda menyudikan diri, Lagipun tempat tu kan umum...
diorang : "kak, tak minum kak? ada orang belanja."
saya : "takpe2, nak makan buah je dulu.."
diorang : " kak, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, kawan biar ramai..."  eh, ayat peribahasa campur2 nampaknya...
saya : "takpe, korang minumlah..." senyum..
3 budak muda, depan aku skang ni...
Sebelum ni memang aku dah biasa dengan orang seusia diorang. Aku fikir dan peristiwa ni baru dibincang semalam ngan roomate. Ramai yang tak mau bercakap ngan diorang mungkin atas faktor pakaian dan gaya diorang. Tapi,  kalau aku bangun menyombong diri, dia punya impak bukan kat aku je, tapi pandangan kepada kebanyakan orang yang berdakwah. Kalau bukan kita  yang dekat ngan mereka, siapa yang nak bawak mereka ke jalan semula. [eh, betul ke pandangan aku ni. aku pandang dari sudut situasi yang aku hadapi la mase tu..]
tempat umum dan terbuka ..insyaAllah, jauh fitnah.
Diorang nak tau aku ni sape.
diorang: ."akak ke ni? umur berapa?"
saya: " erm, tak kisahlah umur berapa. takpe . panggil je kite 'Akak' "
diorang: "umur berapa, kak?" 
-22
diorang: "ow saya 23"
-takpe, panggil kite akak je, lebih selesa.
aku menuding jari bertanyakan lagi 2 orang...
"21"..
"24"
-ow, umur dekat2..
"kak, akak orang mane? belajar kat mane?"
-akak orang Johor, belajar UIA sini
Satu-satu ku tanya duk mana...
1. Johor
Johor: eh, saya Johor la. sorang mengaku..(ait, budak ni main2 ke betul2 ni)
saya: "yeke johor? cakap la betul2..." 
Johor : yela kak, nak tengok ke IC saya ?
(aku cume nak caye penuh kat orang baru kenal ni, tak la. cube datangkan husnu zon
 dia kuarkan IC..tengok2 , Parit Sakai.
saya: la, parit sakai ke? tu, umah akak ada kat situ...
cerita la panjang lebar sampai ke hujung kampung. Yang lagi dua orang tu mendengar je, sebab diorang nak join kampung yang mane...orang tempat lain la katekan. 
Johor: kak, rupanya kita sekampung ye kak..
aku senyum je...
abis la dia cite akak dia, abang ipar dia askar. Bila aku gitau akak aku cikgu kat Parit Kadi, dia katalah," anak sedara saya belajar situlah.mungkin anak sedara saya tu, anak murid akak akak, kan..."

2. KL
umur dia 21. sedang belajar di tempat kemahiran. macam kurang sihat. selsema. amik automotif. Aku tau la jugak ckit2 bidang ni sebab adik aku pun amik ni.
Saya: ow amik automotif ye. adik akak pun amik automotif. skang dia nak keje kat Melaka. nanti awak abis belaja nak keje kat mana?
KL: nanti kerja under syarikat la, kak.
saya: awak belajar kat syarikat mana pulak skang ni? tadi kata amik kemahiran. Politeknik ke bukan?
KL: macam politeknik la. ni, under syarikat Honda.
saya: ow, ada ke contact diorang? yela, mane tau adik akak nak try masuk sane..
KL: em, takde plak kak. saya pun masuk atas bantuan kawan.
saya: k, takpelah.
sesi temuduga diteruskan, tapi, aku cam dah takda tenaga nak tanya. 2 orang aku dah tanya, takkan lai sorang ni tak tanya. kecik ati plak nanti..

3. Palembang Indonesia
PL: saya asalnya Palembang, ikut pak cik saya ke sini.
saya: awak punye keluarga kat sane lagi?
PL: saya je ke sini. 
tiba-tiba, budak 2orang tu menyakat dia.."mangaan!"
PL: saya tau lah bahasa jawa, saya faham. tapi, bahasa saya bukan jawa. orang Melayu sana pun, kalau betul2 Palembang tak faham bahasa Melayu. Yang bukan asal sana je yang faham.
(la..yeke, baru aku tau. ingat semua Indonesia leh faham BM)
saya: awak duk Palembang. kawan saya ramai kat Riau, Jakarta...
PL: kalau Palembang tu dalam sikit, kak.
saya: ow..
(aku dah tak tau nak tanya apa lagi..ow je la..huhu)

sambil diorang abiskan air tu, aku pun tanya benda yang dari ari tu aku tertanya nak tau..
[ni masuk sikit cite KLCC sat]
masa aku pi operasi kat KLCC ritu...kawan aku ngah sibuk berkenalan ngan sorang sister tu...tup tup kau tengok tibe-tibe ada dak laki yang baring belakang dia...aku pun macam tak terfikir masa tu. ingat dia baring saja2. Tak lame, tengok dia makin dekat ngan kawan yang ngah duk berbual tu...
aku panggil la...punya gabra, smpai aku pun  lupa nama kawan tue....cuma suh dia beralih je dari situ....terkejut kawan aku, dia ngat beg dia yang bergerak2. rupanya dak laki tu dh kat belakang dia..aiyOOO...
beberapa saat lepas kawan aku bangun...si lelaki tadi pun, memuntahkan isi perutnya berwarna coklat..(ape ke he' nya satu  budak ni...muntah dah..mabuk pe...?)
kawan2 dia cakap, "takpe kak, dia memang gini, kepala cikit.."
('biase' dia kate..? astaghfirullahala'zim..)
mereka semua tu duk sekelompok..laki pempuan...kononnya saje enjoy malam tahun baru. apalah yang diorang faham ngan tahun baru tu...???
"Ya Allah,Kau tunjukkan hakikat remaja kini. Lebih ramai yang perlu diseru berbanding yang menyeru. tapi, kami tak kuat tanpa bantuanmu..."

aku merasakan aku kat lautan apa2 tah...keburukan, kemasiatan, kehinaan, kehancuran...ke ..ke.. apa lagi tah..
takut wuuu~
masa tu..memekik sukaria, hon sana-sini, sorak-sorai takde sebabnya, buat kerja tak tentu arah...bangga plak bila pakai simbol tanduk 'syaitan'....diorang beli RM2 (aku tau sebab orang kat situ promote kat kitorang gak..)....botol-botol arak bersepah tak kira tempat...perkh..teruk ma...camni ke Malaysia negara kita???
kalau aku mati waktu tu...entah apa yang media akan tulis agaknya...
mungkin;
"pelajar mati ketika sambut tahun baru di KLCC " Nau'zubillahmin zalik...
aku ingat, aku sorang je yang fikir camtu. rupa2nya, bila aku kuarkan pandangan aku, rupenya sume kawan pun takut lau gitu..

~melalut sudah. yang nak tanya cume sal "muntah coklat"

saya : nak tanya la..kalau orang ketagih gam, diorang biase muntah warne ape? takdelah, nak tanya je, sebab aritu kitorang wat operasi, pastu ada budak tu muntah depan kitorang..
Johor : ow.. gam taklah sampai muntah. biasa cam ting tong kat otak je. cam bengang je..
saya : yeke...abis tu, ari tu, kawan kata, budak yang muntah warne coklat tu, dia mabuk sebab gam, bukan sebab minum arak..
Johor : kalau gam, paling2, hijau ar muntah dia. kalau coklat tu kot, yang arak...
(aku tanya sebab aku nak tau, mana la tau diorang tau kan,...)
saya : ow, yeke..camtu ea..
diorang angguk je...

bila berbual ngan diorang ni, okay je. tapi, cume kadang2 aku pelik kat sesetengah orang yang tak mau dan pandang serong kepada golongan seperti diorang ni. aku pun ni, tak tau nak sampaikan apa kecuali melayan mereka dengan baik. hati diorang ni masih boleh diajak. sebagaimana kata Senior Operasi hari tu...
"tujuan kita wat operasi ni, nak ajak je...suh dia tinggalkan mungkar. Hidayah tu kan Allah yang beri. Saya pun dulu macam gini. dengan berkat dapat risalah pada malam tahun baru, saya kembali ke jalan yang benar. memaksa bukan cara Islam..kalau dia tak mau, biarlah, yang penting kita dah wat tanggungjawab kita menyeru dan mencegah.."

...............................................................

dan akhirnya, sesi aku menjadi penemuduga budak2 tu pun tamat setelah diorang nak pi pejabat untuk urusan sebelum balik..

aku bosan, pi la kuar, tengok ada dak pempuan pakai tudung labuh. gaya cam dak lepas SPM.
duk sebelah dia, sapa dia...
"dik, lepas SPM ke? " -ha'ah.
"ow, sekolah mane?" -kat SBPI. kak pulak?
"akak belajar jugak.. kat Uia."
-akak tau kan SBPI?
"tau.."sambil mengangguk...Dak tu ngah membelek buku...
"ow, baca buku tu, akak dah lam nak baca, tak terbaca pun. sampailah skang ni, timbul isu sal dia. akak masih tak terbaca.".." tau kan kisahnya skang?"
-kisah apa kak?
"ada berlaku sedikit konflik tentang dia. tengok je berita sekarang. isu nya sebenarnya dah lama, cume dibangkitkan lagi. tak taulah kalau ada yang punya misi nak jatuhkan orang lain..." -saya tak tau pun pasal tu..

tak lame kak manal pun tepon, dia dah sampai..aku tinggalkan no.tepon kat adik tadi. kalau  ada apa2 boleh ditanya, sebab aku mintak no. dia, dia kata takde..."pe2 hal, boleh la kontek, k"

akhirnya, aku pergi sana sekadar mendapatkan sehelai kertas tanda...dan pulang begitu saja.
tapi, bual ngan mereka untuk aku memahami sesuatu..mungkin..

dalam kereta, sambung lagi cite sal buku tu ngan kak Manal sambil aku mengisi kertas survey tentang Politik UIAM....

lepas Asar, berjalan ke kuliyyah tafsir Ustaz Hayyi.ada akak tu bawak baby. teringat baby Adah: Ainulmardhiah..

agaknya kalau ada pengira automatik berapa patah kata aku bercakap ek sepanjang ari....?

pe pun, hikmahnya yang boleh aku amik:
1. kita perlu dekat dengan madu'
2. cara pendekatan yang berbeza juga bahasa yang digunakan berdasarkan latar belakang madu'
3.Allah tak beri semua yang kita rancang, sebab Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita
4.doa seseorang kepada saudaranya secara sir itu mudah dimakbulkan

Hujansakinah: ya Allah, kuatkan hati kami, hikmah yang kami pinta di atas setiap penyampaian kami...potensi yang ada pada diri dapat digilapi...kemampuan ini moga terus ditambah menuju kebaikan...


*nak gi kelas Qiraat ustaz Muhammad..
adm LR 1b..
10pagi-12.00tghari...Sabtu
skang ngah belajar Qalun ...rubu'u ula...(=

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...