AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Monday, January 24, 2011

PENA 53: Ulul Albab2



Bismillahirrahmanirrahim…..
Naik turun pada suhu termometer tidak mematahkan semangat untuk hujansakinah meneruskan penulisan yang tertangguh.

" Konsep Ilmu & Pembentukan Para Ilmuwan Ulul Albab Dalam Konteks Masyarakat Islam Masakini"
Merasakan seperti ada yang ternanti untuk perkongsian yang lepas berkaitan UlulAlbab.
Oleh kerana , keterlambatan hujansakinah dan sahabat masuk ke dewan di Law itu, pertama rangkap kata  yang didengari dari kupasan petang tersebut adalah….(mohon maaf di atas kupasan sebelum yang tidak dapat diambil…)


Kegagalan ilmu Sains secular dan sains sosial Barat Moden dalam banyak bidang peradaban manusia abad ke-20 [dalam dan luar dikritik hebat oleh Post Modernist..]
Tanda-tandanya adalah:
-kepincangan Moderniti dan epistemology akal manusia.
Apakah epistemology?

épistémologi ialah  teori tentang pengetahuan, terutamanya yg berkaitan dgn kajian kritis tentang kesahihan, kaedah, dan skop sesuatu pengetahuan.(Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat) cek sini
pandangan lain pula , Epistemologi merujuk kepada idea perkara yang boleh dikira sebagai ilmu, perkara yang boleh diketahui, dan kriteria ilmu yang mesti dipenuhi untuk dinamakan ilmu dan bukan kepercayaan.

-Idea puluhan ilmuan Islam terdahulu dan kini
(Sepertinya escatology macam belajar I’jaz ,cuma hampir2 sama ..dan buku yang kelihatannya ada di pesta buku hari yang lalu.)


Konsep klasifikasi ilmu pengetahuan manusia
1) Ilmu
Anugerah dan rahmat Allah.
Kedudukan ilmu sangat tinggi.
2) Ilmu Wahyu sebagai asas kepada ad-Din
3) Ilmu yang diperoleh dengan usaha akal manusia merupakan asas-asas kepada dunia
4)Ilmu terbahagi kepada dua:
-terpuji
-tercela

*Permohonan sebagai satu hakikat sebenar
[konsep di atas merujuk kepada Resolusi Konferensi Pendidikan Islam Sedunia Yang Pertama, Makkah 1977]
Anda juga boleh merujuk kepada Kitab al-I’lm karangan Imam Al-Ghazali.

Seterusnya mari kita kongsi tentang;


Konsep kesepaduan dua kitab atau dua jenis ilmu

1 *Wahyu Ilahi(al-maqru’) :sumber ilmu agama
2 *Alam Tabi’e( Kitab al-kaun al-maftuh) : sumber ilmu dunia

Tujuannya adalah
Kembalikan kepimpinan umat Islam:-
Fardhu ain & fardhu kifayah
Supaya binaan ilmu alamm fizikal & social diwarnai oleh norma-norma agama

Petunjuk-petunjuk Al-Quran yang dinafikan oleh Epistemologi Sekular

-keutamaan, ketinggian, ketepatan ilmu yang diwahyukan
-kewajipan menguasai ilmu dunia dari خلافة ، إمارة الكون، مصلحة& إصلاح
-akibat buruk membelakangi nilai &norma Illahi
-Peranan penerima/ akal & hati disatukan dalam kemajuan pengabdian kepada Illahi sebagai tujuan hidup


Cara mendapatkan ilmu yang dikehendaki Allah berdasarkan Cara holistik dalam Al-Quran:
1.Tadabbur
2.Absor
3.Tafsil
4.Nazor
5.Fahim
6.Aqal
7.Alim
8.Faqih
9.Tafakkur

Kemuncak Ilmu Agama dan dunia
I
I
I
(أولو الألباب)
I
I
I
Tiada dikotomi orang yang belajar agama  & orang yang belajar alam

(dikotomi: pembahagian (pemisahan) antara dua kumpulan (kelompok dll) dlm sesuatu hal yg saling bertentangan: dasar tadi me­nyebabkan kita selalu berfikir secara ~; ~ ini tidak terbatas kpd dunia sastera dan budaya, malah menyebar ke seluruh lapangan ke­hidupan.)


Makna dan pandangan cendekiawan tentang definisi Ulul Albab:-

Hamka : “ Orang yang berfikiran dalam dan orang yang mempunyai inti fikiran”
Abdullah Basmih: “ Orang yang berakal yang dapat memikir dan menilai”
Ibnu Kathir: “ Akal yang sempurna/ suci yang menanggapi sesuatu perkara dengan hakikatnya, seterang-terangnya atau sejelas-jelasnya”

Kenapa natijah kita sebagai muslim dalam menggunakan akal menjadi buruk?
-kerana mereka tak mengikut apa yang Allah gariskan
Jadi...
أولو الإدراك الصحيح ويفتحون بصائرهم لاستقبال آيات الله
Buka fikiran dan terima ayat Allah yang ada dalam alam ini



Ciri-ciri Ulul Albab dalam Al-Quran:
1) Takut kepada kemurkaan Allah dan risiko azab akhirat
خشية الله (فاطر: 27-28)
Al-baqarah:179,197,269
Ali Imran: 7,190
Al-Maidah: 100
Yusuf: 111
Ar-Ra’d: 19
Ibrahim: 52
Sod: 29, 43
Ghafir: 54
At-Talak: 10
Az-Zumar: 9, 18, 21
[16 konteks]

2) Mendalam ilmunya+ والراسخون في العلم  besatu dengan iman yang mendalam kepada Allah
Al-Ankabut: 43
AnNisa’: 162


Cabaran dunia kini dan globalisasi
* Keunggulan sains dan teknologi Barat (asas kekuatan dan Hegemoni barat/ timur)
* Excellence without soul[Harry Lewis,2006] التفوق بلا روح , Ancaman pembaratan “Kanser Institusi Pendidikan”
* Kejahilan, Kelemahan kepincangan iman dalam umat Islam dan penyelewengan para ilmuwan

كيف التفوق بلا روح؟
Achieve the standardize!

Ulul Albab dan Kitab Alam Terbuka?
إنما يخشى الله من عباده العلماء
من العلماء؟
Siapakah ulama’ tersebut?
-“Ahli agama yang mengetahui tentang alam dengan mendalam.”- Syed Qaradhawi
Dan
Fitrah Allah   -------------  <---Hubungan intim--->  ---------   Fitrah insan



Pembentukan Ilmuwan dan cendekiawan Ulul Albab

Universiti?
* Ia merupakan tahap ketiga jinjang pendidikan
Jadi?
* Institusi pendidikan lahir dari:-
1)keluarga : didikan iman, ilmu, akhlak
2)integrasi: Quran dan sains
3)Khususan dan integrasi: agama, dunia, khusus dalam bidang tertentu

serta...
* reformasi kurikulum dan silibus berdasarkan (ilmu, iman, akhlak, tauhid)
* proses Tauhidism, Islamism, Integrasi, relevanisasi
*Tolak Mithos “value free” sains dan ilmu manusia, worldview athiestik & materealistik


Hamka: MATA MELIHAT ALAM , HATI MELIHAT TUHAN


hujansakinah: menulis apa yang didengar, fenomena professor ulung melanda sahabat-sahabat saya.( ",)v

Friday, January 21, 2011

PENA 52: لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيبْ

Salam.
Setiap pagi Jumaat secara automatisnya... tangan ini mengetik perkara berkaitan . . . . kali ini, nak berkongsi makna dalam lagu rancangan Lau kana bainana...

diambil dari blog Akh.Rahim Inteam..Terima kasih :)

Tuesday, January 18, 2011

PENA 51: cerita mereka ~ keadaan berbeza

Watak 1

"anak, apa pintamu?
untuk juadah kelak? "
si anak jawab 'seperti biasanya.'

"pisang goreng dan air soya?
akan kuasahakan
jika tiada salah satu akan kuganti yang lain "

PENA 51: Ulul Albab 1

 KELAS ganti Tak Berganti

Sebagaimana yang telah dirancang beberapa hari yang lalu, ustaz-ustaz saya nak buat kelas ganti pada pagi Jumaat dan petangnya.
Sebelum rancangan tersebut disampaikan, saya dah nampak dah poster kat board untuk program Jumaat ni kat LAW.
Sedih jugak sebenarnya bila dapat tau ustaz nak buat kelas. Dalam kes ni, saya memilih yang lebih utama. Kelas tu kan wajib. Yang kat LAW tu kalau dah abis kelas boleh la gi.

Saturday, January 15, 2011

PENA 50: Sambungan Lepas...*bermacam*


Kisahnya siang tadi begini...
_ - _ - _ bersambung.....kisah ini bersambung dari link ini..

        Seperti yang dijanjikan, destinasiku pada petang itu ke luar UIA. Tersengguk-sengguk aku kat perhentian bas Mahallah Nusaibah. Berkejar dari Mahallah Hafsa ke situ. Dalam keadaan mamai-mamai tu, ada seorang ukhti datang duduk di sebelah. Sempat lagi aku menyapa. Dah tahun empat dah dia. Orang sekitar Kuala Lumpur je. Dia nak naik bas ke Sumayyah by Salahuddin's bus. Penat katanya.

PENA 49 : Khas Buatmu Az-Zahraa'


Yang boleh kukatakan cuma;
"buatlah yang terbaik! "

Monday, January 10, 2011

PENA 48: Motivasi Maghrib

Salam...


Maghrib-maghrib ni menulis plak Hujansakinah ni.
Yela,skang tengah hujan, maka, mencurah-curahlah ideaku.
padahal...

sekadar berkongsi kata-kata..
dari ukhti HusnaMaab...Syukron ya ukhti (=

Walaupun kita dah jarang berjumpa...tapi , sering berhubung...hehe

SEMOGA ALLAH MEMBERIKANMU PELANGI untuk setiap hujan

SENYUMAN untuk setiap tangisan

RAHMAT untuk setiap cubaan

KEKUATAN untuk setiap dugaan

Dan

MAKBUL setiap doa.

Amin.

Siang tadi, konon je nak pose. Erm,

Saturday, January 8, 2011

PENA 47 : Lagu Tema Saya 1- dipapar

 

 

Salam sahabat sekalian

~moga terus dipayungi Rahmatallila'lamin~

bagaimana iman kalian? hati sudah dibersihkan?

apa pencapaian terbaru hari ini?

[bukankah seorang mukmin itu lebih baik hari ini daripada semalamnya...?!]

pengikut setia

pembaca setia

dan segala-galanya lah...

walaupun secara rasminya 'follower' blog ini hanya sedikit..

tetapi, saya pelik dan teruja la juga..

bila..

saya pergi ke mana-mana..orang panggil.." ya, hujansakinah"...

bagus la kalian ni...ingat nama blog ya. tapi, jangan la lupa pulak nama saya.

 


Di sini, hujansakinah nak menitipkan satu lirik lagu..

di mana..lagu ini sangat menyentuh hati..meningkatkan semangat hujansakinah..mengubah 'putus asa' kepada 'terus mengharap' kepada yang Esa.

Ia juga trademark kot untuk blog ni...

sebab dapat ilham masa nyanyi lagu ni.

hujansakinah pasti, semestinya kalian juga ada ayat teras, lagu , puisi mungkin, cerita atau sesuatu yang boleh membangkitkan semangat kalian.

betul kan?


 1

Harapan PadaMu Subur Kembali

Album : Nasyid Nostalgia - Memori The Zikr
Munsyid : Nazri Johani
http://liriknasyid.com

Wahai tuhanku Yang Esa
Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa

Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghaffar-Mu

Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa

Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Wahai tuhanku Yang Esa

Bila kenangkan Qohhar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa

Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang menggunung
Setiap hari setiap ketika

Di waktu mengenang rahmat-Mu

Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harus ku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya mendidik nafsuku

Yang tidak melihat kebenaran-Mu
Ya Allah tuhanku bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini 

Lagu kedua yang pasti akan mengalirkan air mata hujansakinah...bukan lagu 'tangkap jiwang' ya...

eh, boleh la tangkap jiwang...jiwa-jiwa ini bila dengan Tuhan..

mudah-mudahan...

'Cinta Agung by Qathrunnada'

ada hati yang terkesan dengan ayat-ayat nikmat dari At-Tanzil, ayat-ayat azab, ayat-ayat perang, ayat-ayat peringatan...dan pelbagai pandangan hati...ini juga membuktikan keUNIKan al-Quran. Allah Maha Tahu akan hamba-hamba-Nya.

menangislah di hadapan Tuhan

kita banyak khilaf

banyak yang kita tak sedar sebenarnya kita dah menzalimi diri kita sendiri

mohonlah ampun pada-Nya

Allah tu Maha baik...Allah Maha Pengampun..

apa yang kita sangka itulah yang Allah akan beri..

maka, bersangka baiklah kepada Allah..


 2

Cinta Agung

Album :
Munsyid : Qatrunnada
http://liriknasyid.com


Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia

Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku

Engkaulah sumber rezekiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku

Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan

Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku 


Hujansakinah ajak sama-sama kita doa : 
Wahai Allah...
dekatkan kami dengan perkara kebaikan...
jauhi kami daripada segala larangan-Mu
tetapkan kami di jalan-Mu
bantu kami untuk membawa amanah-Mu.

Monday, January 3, 2011

PENA 46: Pandangan mereka





'cerita..kisah anak remaja...'

masing-masing memandang dari sudut berbeza

betul tak?

tapi...aku tengok, sejak akhir-akhir ni

semua pandangan mereka

sama je..

Kenapa ea?

huhu..yelah

sebab semua kata..

"Nisa' dah tembam.."

"Nisa' makin semangat nampak.."

pergilah mana-manapun..

semua cakap gitu



Emak dan Kak Long yang hari tu balik Haji pun cakap benda yang sama

mestilah mereka pelik, baru je tinggalkan beberapa bulan..

Saturday, January 1, 2011

PENA 44: IRKHS'S dalam kenangan





Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam buat junjungan Idola ..kekasih-Mu Nabi Muhammad s.a.w..
kami cuba untuk menyusuli jalan baginda..


Closing Ceremony ISCAR'10
Takdirnya
kita di sini
berganding bahu
merealisasi cita-cita yang satu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...