AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Wednesday, March 2, 2011

PENA 56: Berilah kami kefahaman akan Islam

Kerana Islam berdiri di atas hujjah
fikiran dibuka seluas langit Ilahi
hujjah disemai didahulukan, baru mencambahkan pandangan
melahirkan seruan dakwah berpanjangan

Bila berada di tapak yang kukuh
hati takkan mudah goyah dan digoncang
hidup ini bukan untuk ikut-ikutan dengan membuta -tuli
tetapi, pelajarilah selagi dunia belum menutup mata.

Ilmu dan amal menjadi seiring
petunjuk Allah diharapkan berdamping
Safar ini meletihkan dan membosankan jika...
tak faham akan tujuannya.

Melabel orang itu dan ini bukan sifat mukmin sejati
tetapi, apa yang kita lakukan kini?
Manusia sering makan manusia
memang tak nampak secara zahirnya
sejak di zaman Nabi lagi
Bukankah mengumpat itu seumpama memakan daging busuk saudara sendiri?

Jika sibuk melaung dakwah sana-sini
ya, Alhamdulillah.
Tapi, apa yang anda laungkan itu adakah lahir dari hati?
Adakah itu sesuatu yang asli dan bukan palsu?

Dalam jualbeli yang pasti dan tak akan merugikan...
Ramai tak sedar mereka hanya bermodalkan wang yang palsu..
untuk membeli 'produk' Allah Ta'ala..
Sudah sebenar-benarnya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya?
ditambah lagi Jihad ke jalan-Nya dengan harta-harta dan berkorban jiwa raga?
agak-agak, siapa yang suka jika ditipu?
Adakah Allah akan terus membiarkan orang yang berurusan dengan kepuraan?
Takut nanti, kalau kita berjaya setinggi mana pun, itu bukan satu kemuliaan tapi, ia satu istidraj dari Tuhan...Nauzubillahiminzalik.



bagaimana boleh dikatakan jihad anda jihad yang istiqamah?
jika......
jualbeli yang dibuat buruk dan busuk?
jauh sekali jika ingin bincangkan tentang amalan...
Amalan anda sejauh mana?
"Allah Maha Tahu! Adakah Allah akan membiarkan anda menipu??"
Bagaimana jika hati anda jauh juga daripada Allah?

Cuba fikirkan dan lakukan perubahan! ! !

Islam itu terkesan daripada Implikasi
Kekaburan pada "label" Islam menyukarkan pilihan
kurangnya pembacaan dan kurangnya perbincangan
Di manakah jiwa muda yang sarat pemikiran dan didikan?

Berjalanlah....
lihat kejahilan kezaliman yang terkesan
agar anda mengambil pelajaran
buat jalan hidup secara bersama bukan sendirian
Kerana Dunia Ini Umpama tempat belajar
Di akhirat sana, Medan peperiksaan..
kita boleh jawab atau tidak
Tunggu dan lihat usaha kita di dunia


No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...