AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Saturday, March 12, 2011

PENA 59: Hidup ini

Rezeki

duduk sat pas wat esemen... ada orang menggesa suh balik. erm, ngah berkemas dan sengaja melambat-lambatkan...tiba-tiba ada seorang akh bersuara dan datang kepada kami " nak kek, tak?"
 -erm, kek? nak bagi, boleh je...

"amik la kek hari jadi ni ! "
-wah , kek hari jadi?"

"kek department Fiqh"
-wah..terima kasih...


"ha, jangan berebut pulak nak makan tu"
-he...tak lah, kan ada dua potong ni..untuk dua orang

saya senyum je kat orang yang suh saya balik tadi.."ha, kan ada hikmahnya kenapa kita balik lewat sikit je..., dapat kek plak..Alhamdulillah.."

tak lame tu, akh tu datang lagi...
"nak air tak?"
-erm, boleh je...

"nanti letak kat tempat yang senang catering nak amik ya.."
-ok..

kami potong kecik2 kek tadi...
makan dalam 5 orang camtu..sedikit sama dirasai...
air teh tarik tu dapat satu tong..
bagi2 kat OR IRK ngan OR arabic debating...

rezeki yang tak disangkakan dari Allah...



 Pak Cik

" Terima kasih ya yang sudi duduk di hadapan sana " ...

tak larat kami melihatnya berdiri. kami yang muda dan masih mampu berdiri ni beralah lah kan. lebih baik camtu.
Kan menghormati yang tua, menyayangi yang muda...

Agaknya memang sudah kebiasaannya, orang lebih tua akan seronok bercerita pengalamannya dan kehidupannya. jadi, yang muda mendengar dan menjadikan contoh juga semangat untuk kehidupan.

"Saya satu batch dengan Syed tu?" 
-Syed mane,acik??
"Syed Arabi"
-owh...acik kenal?

"saya selalu gi talk gini"
-wah, bagus la cik...

dan beliau bercerita tentang kehidupannya di Uia dahulu pada tahun bila ..tak ingat dah...
dah mamai2 masa dia cerita tu. kawan saya plak ngah mabuk naik bas...
masing-masing...

"ada kenderaan nak ke kolej tak ni?"
-takpe, acik, jalan sikit je ni, nanti sampai..

teringat arwah abah..
Pak cik tu masih menggagahkan diri untuk mencari ilmu..

Sesungguhnya Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu...


kelas qiraat

Alhamdulillah, minggu terakhir sebelum peperiksaan ni, lama sikit belajar ngan Ustaz Muhammad. mengulangi kembali bacaan al-Fatihah dan awal al-Baqarah dengan qiraat Qalun.
Ustaz kata, kalau bertarannum ke, Qiraat ke...tapi tak bertajwid, takde la apa-apa manfaat..
Jadi, banyak kali jugak tadi ustaz membetulkan tajwid kami... dari makhraj huruf, bacaan Qasr dan tawassuth Qalun, Tashil dan mim al-Jama'...
akhir kelas, 2 pelajar lelaki bertalaqqi kat ustaz. Peluang yang ada kat Uia ni, digunakan sebaiknya. tak tau la nanti kalau dah keluar Uia, ada tak lagi kesempatan begini. Belajar percuma plak tu....
Buku matan Qiraat Syatibi pun dah difotostet...Boleh lah nanti tengok dan afal mana yang dah belajar.

InsyaAllah kelas akan bersambung pada semester pendek nanti.


Ya Allah , mudahkan jalan kami menuntut ilmu-Mu...permudahkan kami beramal dengan setiap ilmu-Mu...permudahkan kami menyampaikan ilmu-Mu..amin

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...