AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Tuesday, March 15, 2011

PENA 60 : Dari kerana nama...yang mempunyai makna

Salam.

Sekadar ingin berkongsi rasa. Sememangnya jika ditanya, kelas apakah yang paling best dalam semester dua ni? InsyaAllah ...kami akan jawab, kelas aHadis aHkam. Kenapa? kerana,

1) kelas yang paling sikit dan sempoi. Best tuh...
2) 8 orang je kot. Senang nak bertekak
3) saling bertukar bahasa ngan ustaz...bila timbul perkataan Melayu, ustaz cepat-cepat nak belajar. skang, ustaz plak cakap bahasa a'mi dia. semua terdiam tak faham

4) semua berebut  nak tanya soalan kat ustaz. tak macam kelas-kelas yang lain, semua dak QS cam pasif. diulang sekali lagi, 'macam'. sebenarnya, cuma malu or tak berani je kot...
5) kitorang senang nak wat discussion...
6) semua pelajar faham bahasa Melayu kecuali sorang dak foreigner...
7) sebab terakhir, ia merupakan sebab utama... kerana yang mengajar adalah Ustaz El-Mogtaba Al-Bangga...(betul ke tidak ni saya mengeja...)

Apa perkaitan tajuk dengan cerita ni sebenarnya, wahai hujan sakinah???

eh, sebelum tu, nak cerita la jugak isu semasa..
kan baru je Jumaat ari tu dapat berita Jepun ditimpa Tsunami. Gempa yang paling kuat kot. Erm, teringat tawaran sahabat saya untuk ke sana sama ada sem pendek ini atau selepas daripada tu. Tapi, hati ni berat untuk tak ke sana. Sebab utama adalah 'ongkos' nya enggak ada. sebab kedua, hatinya tak terdorong ke sana.

Tawaran percuma ke Madinah juga dirasakan sebelum ini tidak punya kelayakan? kenapa, kan percuma?
yelah, sebab, dah tau, kan lau muslimah nak pi sana kena ada temannya. pastu dijawab kawan, 'so, kahwinlah!' ewwah...sedapnya jawapan. semata-mata nak ke sana percuma, pastu kena kahwin. erm, kena fikir berjuta kali. banyak lagi yang perlu dipelajari untuk menghadapi alam tu. Akhirnya, dapat berita, rupanya nama yang kami hantar tu, ustaz tak perasan dan seminggu selepas tu diberitahu bahawa nama tu dirombak kembali, kerana, tawaran hanyalah kepada pelajar lelaki sahaja dan tarikh tutup pada 8hb Mac. sampaikan gak kat sahabat yang mana sempat. Oh, hikmah Allah sudah terlihat. Takpe, ada rezeki nanti, lau dah abis belajar sempat wat umrah ngan kawan-kawan okey gak. Lau tak pun, paling minimum, wat haji la kan...Ceh ! cita-cita nak besar?! ...eh, mestilah, bukankah setiap harapan itu juga salah satu doa..

Ceh! memang over-motivated dak ni! baru tau tahap hujansakinah adalah begitu setelah menjalani ujikaji Psikologi di 'Portfolio Psychologhy' pada Jumaat lalu di CAC,IIUM. di sana juga dapat mengenali simptom-simptom yang abnormal. Jadi, nanti kalau jadi pendidik atau seorang ibu, tidaklah menafikan atau meremehkan perkara-perkara kecil yang boleh memberikan kesan yang sangat besar kepada generasi akan datang. insyaAllah. Segalanya atas belas kasih-Nya untuk kita ambil secicip rasa daripada lautan ilmu-Nya.

cerita dari kerana NAMA

kenapa nama Khairunnisa'?
kenapa orang Melayu selalu letak nama pelik-pelik yang orang Arab takde pun nama tu...
kenapa dan kenapa?
dan saya jawab tak tau.


kertas jawapan peperiksaan diedar kepada setiap pelajar. Markah telah diberikan. Masing-masing dengan penuh debaran, semestinya tawakkal dalam penantian. redhakan hati. bisik perlahan ke hujung sanubari.

'Khairunnisa'? , enti Khairunnisa'??
-na'am ya ustaz :)

'enti Khairunnisa' aw Khairul Banat?'
-both ustaz

' La, enti la tatazawwaj'
-insyaAllah ustaz, ba'din..hehe, ba'din

'ba'din insyaAllah'

ada-ada je ustaz ni.  saja nak meriahkan kelas tu. tiba-tiba....ada satu kumpulan nak present. saya ingat, ustaz nak sambung belajar mana yang belum habis. Jadi, dah penuh kat tangan ni segala pen warna-warni untuk menyalin nota mulut ustaz. Pastu, ustaz datang, ustaz hulur tangan tanda 'nak guna satu pen'...jadi, terus mengajukan seluruh pen tersebut untuk ustaz sendiri membuat pilihan: oren, ungu, hijau, pink, biru....ingatkan , ustaz nak amik warna biru. Sebab, tadi ustaz tanda kertas kitorang warna biru. Ohh...sangkaanku  meleset sama sekali...Pen warna apa tau tak ?? warna PINK. so cute. huhu..agaknya sebab lebih dekat kepada warna merah kot... terpulang la kat ustaz. mesti nanti anak-anak murid ustaz tengok...bestnya dapat warne pink...kononnya...Jadi,  presentation tadi tu...penuh lah dengan kehujanan soalan daripada orang yang tidur sebab 'semalam exam' dan budak tersebut adalah 'budak bolong'...

Perkara yang paling melucukan adalah, kami dapat mengenakan cik Zamir dengan kisah 'baju bolong'. mukanya menahan kegeraman. Sabar cik...Sabar..hahahha...apa pun, semua tu akan menjadikan kenangan buat kita semua. Ustaz kan pernah cakap, kelas ni ada garam nya...macam masakan ..takde masin, tak sedap jugak kan...pandai ustaz berkias. Dan ustaz pasti akan tersenyum bila kitorang bertelagah bab soalan yang nak ditanya dalam bahasa Arab...

dan akhirnya kami decide bila nak discussion dan nak wat jamuan kelas...macam kat Celpad dulu-dulu...InsyaAlah..moga Allah mudahkan.

Kelas Kami:
Ahadis Ahkam Sem 2 2010/2011
Ustaz Mogtaba
Habib, Zamir, K.ina, K.syifa', Saidah, Adila, Fatima, saya..
8 best student ! ! !
OPs pembetulan..kak Rusmaini perlu ditambah..9orang..


Siapa yang nak menobatkan kelas terbaik, kalau bukan kita sendiri??? kita kita perlu belajar menghargai :)

Ya Allah tambahkan rasa cinta kami dalam meneguk lautan ilmu-MU...amin amin amin..

2 comments:

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...