AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Tuesday, March 29, 2011

Seteguk air ditelan. Berhenti seketika. Seolah baru tersedar dari sebuah lamunan. Apa yang aku buat? aku minum air? hari ni puasa tak? lama berfikir. Ya Robb, apa yang difikirkan ni sehingga tak sedar. Nasiblah tak puasa hari ni. Banyak dan bercampur-baur segala kerja.


Ada seorang kawan yang salah faham dan salah memberi kefahaman. Sudah dibaca semula sistem pesanan ringkas yang diberi berkali-kali. Apa yang difahami dari situ, beliau ingin saya yang membantunya. Jadi, dengan senang hati cuba membantu. Tiba waktunya, rupanya saya yang ingin dibantu. Dua2 ingin berkorban, akhirnya, erm...satu perkara yang tak pernah dijangka. Apa pun, sebagaimana yang telah kita belajar...setiap amalan yang disertai kebaikan di hati, insyaAllah ada ganjaran di sisi Allah. Jika itu satu kelebihan, itu juga satu ujian. Ya, agar kita bersyukur. Pada ketika itu, nak bercakap luar pun dah tak terkeluar. Apa pun, moga Allah memberkati seluruh usahamu. Ingin juga berkongsi dengan sahabat yang lain.

Moga usaha-usaha ini hanya kerana Allah. Ya Allah, kuatkan hati kami agar terus berada di jalan-Mu. Permudahkan segala urusan kami.

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...