AyaT SakinaH

Al-Fath : 4.

هوالذي أنزل السكينة فى قلوب المؤمنين ليزدادوا إيمنا مع إيمنهم

ولله جنود السموت والأرض وكان الله عليما حكيما

(Tuhan Yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah Yang menurunkan semangat tenang tenteram ke Dalam hati orang-orang Yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta Dengan iman dan keyakinan mereka Yang sedia ada; pada hal Allah Menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Pelangi Usai Hujan

hidup seorang puteri sakinah

hidup seorang puteri sakinah

Friday, March 4, 2011

PENA 57: Siapa Yang Lebih Awal Masuk ke Neraka??

Ditanya soalan ini kepada penulis dan sahabat-sahabat. Kami terdiam. Saat itu, kami membincangkan soal 'suci hati secara maknawi'.

Sesuatu yang kita rasakan yang terbaik untuk kita, tak semestinya yang terbaik untuk kita. Tak semestinya juga, yang kita benci dan tak suka adalah bukan yang terbaik untuk kita.

'Kita' merujuk kepada saya dan kamu... yang mengambil aliran agama, yang telah belajar sesuatu yang dibolehkan dan dilarang syariat dengan jelas, yang tahu mana yang lebih utama, yang diajar lebih dalam sedikit dalam isu agama dan ibadah, yang dibiasakan menghafaz ayat-ayat al-Quran dan Hadis, suasana yang lebih terdidik kepada akhlak dan iman.....

Kalian tidak boleh sesekali untuk ingin berfoya-foya seperti orang kebiasaan... ingin ber'dating', ingin ber'disko', pergi ke kelab malam,...dan apa yang seumpamanya...
Bukan bermaksud orang yang bukan aliran agama boleh senang-lenang melanggar pantang-larang agama, tetapi, bukankah berbeza orang yang tahu dan orang yang tidak tahu???

Siapakah orang yang zalim?
"anda sering membaca ayat Al-Quran tentang 'Zalim'...contohnya.."Innallaha la yuhibbuz zolimin.."...anda selalu terfikirkan..orang yang zalim itu adalah orang yang kufur, orang yang mengkhianti agama...tapi, tidakkah anda terfikir, anda yang selalu berdampingan al-Quran, sudah benar-benarkah menjadikannya sebagai amalan kehidupan?"

Anda membaca al-Quran tetapi bagaimana boleh dilaknati Al-Quran???

begitulah, jika membaca tetapi tidak menjadikannya sebagai amalan.
ya, memang sukar untuk beramal, tetapi, berusahalah untuk ke arah kebaikan dan yang diajar dalam al-Quran. Itu lebih baik daripada terus-terusan mengatakan, "yalah, aku ni memang jahat, semua orang tahu aku ni jahat, jadi, buat apa aku nak buat baik...?"
biarkanlah, kalau memang ramai orang mengatakan demikian. takpe, berubah secara perlahan tetapi berterusan. Bukankah Allah tidak akan mengubah keadaanmu...mengubah sikapmu...mengubah status dan darjatmu...sekiranya kamu sendiri tak mahu berubah?

Lagi, orang yang menghafaz al-Quran, tapi tidak berusaha mengulanginya. " nanti , di akhirat, jika ditanya Allah, 'mengapa kamu menghafaz al-Quran?' lalu dijawab: 'kerana-Mu ya Allah'.
huh! terpalit satu pukulan : ' kamu menghafaz bukan kerana Aku. kamu menghafaz kerana manusia. kamu mahu orang lain melihat kamu hebat. kamu berasa bangga dengan hafazan kamu.'
koreksilah niat dan hati anda...hisablah diri sebelum dihisab...jika masih ada saki-baki di atas, maka, bersihkan segera. Mohon bantuan Allah agar dibimbinginya.


* Mana jawapan 'siapakah yang lebih awal masuk ke neraka?'

sabar,
siapakah yang akan masuk ke neraka lebih awal daripada Firaun dan Kafirin...?

Orang yang menghafaz Al-Quran dan Orang yang belajar Agama, juga orang Munafiq.

kenapa pula?

orang yang mengahafaz tapi tak beramal. orang yang belajar tapi perilaku macam orang tak belajar agama dan orang yang tahu tetapi berpura-pura dalam amalan.


>>> Pelajaran sampingan dalam kelas. Kami bukan sekadar diajar, tetapi kami dididik agar berperilaku dengan baik serta Murobbi kami menjadi tauladan kami.

No comments:

Post a Comment

berbicara di sini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...