tersiar jua akhirnya.
dikumpul maklumat dari pelbagai sumber.
TIPS MENGHAFAL QURAN
- Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.
- Menggunakan naskhah al Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. tempat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.
- Gunakan naskhah al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, struktur, dan susunan ayatnya diatur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan diingati.
- Ayat atau surah yang hendak dihafal hendaklah dilancarkan bacaanya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah ali-Imran. mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.